Latar belakang Tentera_Darat_Amerika_Syarikat

Kawalan dan operasi Tentera Darat A.S diuruskan oleh Jabatan Tentera Darat, satu dari tiga jabatan perkhidmatan dalam Jabatan Pertahanan. Ketua bagi kakitangan awam adalah Setiausaha Tentera Darat dan pangkat tertinggi bagi pegawai tentera dalam jabatan ini adalah Ketua Turus Tentera Darat, kecuali sekiranya Pengerusi Ketua Turus Bersama atau Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama merupakan pegawai Tentera Darat A.S. Setakat 31 Oktober, 2008, jumlah kekuatan anggota tetap Tentera Darat A.S dilaporkan kurang sedikit 546,000 anggota. [2] Pengawal Kebangsaan Tentera Darat seramai 350,000 dan Tentera Darat Simpanan Amerika Syarikat pula seramai 189,000, menjadikan kekuatan keseluruhan sejumlah 1,085,000 askar.[3]